Pages

Wednesday, July 13, 2011

Bagaimana Memilih Laptop Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda?

Terdapat begitu banyak model, teknologi dan jenama komputer riba di pasaran, maka sangat sukar bagi pengguna biasa untuk menentukan penyelesaian terbaik untuk keperluan mereka. Beberapa tips tentang bagaimana untuk memilih laptop yang betul dan memenuhi keperluan bajet anda.

Laptop memberikan beberapa kelebihan, kerana ianya berbentuk mobile . Ini diperkukuh oleh sambungan internet tanpa wayar hampir di mana-mana di dunia. Ia amat berguna untuk menjalankan semua kerja-kerja di mana sahaja anda pergi.

Apakah perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli laptop ?

Mulakan dengan menganalisis keperluan anda. Untuk tujuan apakah anda menggunakan komputer riba ini? Jawapan yang mungkin - untuk memelayari internet,membaca e-mail, mereka bentuk grafik , permainan, perniagaan atau kerja-kerja rasmi, pembangunan aplikasi dan pengaturcaraan.

Jika anda melakukan penyelidikan dengan mengambil beberapa nota mengenai harga, spesifikasi teknikal, konfigurasi dan jaminan prestasi yang di tawarkan. Anda perlu untuk membuat keputusan sama ada anda mahu komputer riba dari Pengeluar Peralatan Asal (OEM) atau berjenama. Laptop berjenama memberi tawaran khidmat selepas jualan dan jaminan perkhidmatan yang lebih baik . Manakala komputer riba OEM lebih murah dan mempunyai speksifikasi yang sama seperti jenis yang jenama.

Komputer riba yang kecil dan ringan banyak menjadi pilihan kerana mudah dibawa kemana sahaja.Ia mempunyai ukuran skrin yang lebih kecil daripada 12 inci dan berat kurang dari 5 kilogram. Diantara model laptop yang yang ada seperti Sony VAIO PCG-U3, Fujitsu Lifebooks P1510, Toshiba , Panasonic R4, Dell Latitude X1 dan banyak lagi.

Jika anda adalah seorang ahli perniagaan cari notebook yang tipis dan ringan, tahan dan mempunyai fungsi yang penting keperluan pejabat anda ,anda boleh memilih dari pelbagai jenis komputer riba untuk perniagaan. Ini termasuk MacBook Apple, Dell XPS M1210, Sony VAIO FJ, Dell Latitud, HP dll.

Jika anda gemarkan permainan komputer anda memerlukan komputer riba yang mempunyai keupayaan untuk mempamerkan prestasi grafik high-end. Ini termasuk komputer riba dengan pemproses terkini, RAM yang tinggi dan ruang cakera lebih besar, lebih cepat pemproses, paparan grafik tinggi, sambungan tanpa wayar dan pelbagai ciri-ciri hebat yang lain. Komputer riba untuk permainan seperti Alienware, Dell XPS M170 dan Rock Xtreme CTX Pro

Jika bajet anda rendah atau tidak mahu membelanjakan pada laptop high-end, maka anda boleh memilih pada harga yang sederhana daripada pelbagai model seperti Acer, Apple, Dell, Fujitsu, HP, Samsung, Sony dan Toshiba.

No comments:

Post a Comment