Pages

Saturday, June 25, 2011

SELANGOR Idamanku menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif


Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.

Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Selangor (Unisel), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.
     1-Terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, Pertandingan itu dibuka kepada warganegara Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

2-   Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman.

3- Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu. Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri.

 Untuk kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

5-   Penyertaan secara individu hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing. Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.

6-  Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.


Hadiah yang ditawarkan:


Kategori Pelajar Sekolah Menengah
Johan
:
RM 1000 beserta trofi dan sijil.
Kedua
:
RM 750 beserta trofi dan sijil.
Ketiga
:
RM 500 beserta trofi dan sijil.
Saguhati (3)
:
RM 100 beserta sijil.

Kategori Pelajar IPT
Johan
:
RM 2000 beserta trofi dan sijil.
Kedua
:
RM 1000 beserta trofi dan sijil.
Ketiga
:
RM 750 beserta trofi dan sijil.
Saguhati (3)
:
RM 500 beserta sijil.

Kategori Umum
Johan
:
RM 4000 beserta trofi dan sijil.
Kedua
:
RM 2500 beserta trofi dan sijil.
Ketiga
:
RM 1000 beserta trofi dan sijil.
Saguhati (3)
:
RM 500 beserta sijil.

     Info Pertandingan: Selangor Idamanku

No comments:

Post a Comment